Jumat, 09 Desember 2016

Dahsyat: Malaysia Gunakan Tabung Haji Pasarkan Produk ke Arab Saudi









PHA3M -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan bekerjasama dengan Tabung Haji Global dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi memasarkan produk pertanian Malaysia ke Arab Saudi.

Menurut kenyataan Fama sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016), selain Arab Saudi, Fama akan turut memasarkan produk pertanian Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu, Eropah dan China.

"Antara produk yang mendapat permintaan tinggi di Arab Saudi ialah kopi, snek, minuman pra-campuran, pes masakan, kuih sejuk beku dan jenama Ori Kemaman.

"Sebanyak 40 syarikat akan memasarkan produk mereka ke negara-negara berkenaan," tambah kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Global, Adly Mohamed berkata, pihaknya sedang membuat kolaborasi dengan Fama untuk memasuki pasaran Arab Saudi kerana produk Fama bermutu tinggi selain mempunyai pelbagai pilihan.

Sempena MAHA 2016, Adly turut memberi penerangan mengenai syarat kemasukan dan saringan produk makanan proses, potensi, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi untuk menembusi pasaran Arab Saudi kepada usahawan tempatan, tambah kenyataan itu.

MAHA 2016 sedang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang sejak 1 hingga 11 Dis ini yang bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'. (bernama)

Home | UD Paju Marbun | Sultan Group | IMECH | BeritaDekhoCom | TobaPosCom | KBAA

0 comments:

Posting Komentar

Featured News

PHA3M Home | UD Paju Marbun | Sultan Group | IMECH | BeritaDekhoCom | TobaPosCom | © 2014 - Designed by Templateism.com, Distributed By Templatelib